Sabtu, 5 Februari 2011

Hari Bertemu Pelanggan di Shah Alam (PPNS) Seksyen 13

Kami telah berada di Shah Alam pada hari 26 Januari 2011 bagi menjayakan hari bertemu pelanggan. Sambil tu kami mencari duit lebihla untuk meneruskan perjuangan kami sebagai penternak dan usahawan ayam kampung.


Inilah dia ruang hadapan pintu masuk pejabat bangunan Pertubuhan Peladang Negeri Selangor. Siape sebelah tuuuu???? macam kenal.....
Ayam kampung yang siap diperap dijual sepeket RM10.00 megandungi 3ketul pada mana- mana bahagian.... Memang sedap.
Hahaha... bayangkan kat tengah- tengah bandar bawah bangunan kami berBBQ, serupa ditepi pantai... tak dapatnye dibuat kat tempat lain. kalau dibuat nescaya akan diangkut oleh majlis perbandaran. hehe....
Mamat ni nak menjual ayamke atau nak menjual minyak.... hehe... Tapi memang laku beb! TERBAIK!!!!! mane yang lalu kalau tak singgah kedai mesti jeling punyala.
Antara usahawan- usahawan bumiputera yang menjayakan program pada hari tersebut.

Rabu, 19 Januari 2011

Kedai Memproses Ayam

Salam kepada semua,... Bulan ini kedai memproses ayam di Lot2681, Bt38 1/2, Kg Olak lempit, hampir siap dibina. Kerja menambak tanah telah siap dibuat dan kerja pengubahsuaian juga sedang dalam pembinaan.

semua halangan berjaya diatasi walaupun kadangkala menyakitkan hati.

Beberapa batang pokok kelapa sawit yang telah ditumbangkan.

Tepi jalan menghala ke Banting.

Dari arah KLIA.

Meter paip yang masih bocor, walaupun telah dibaiki oleh syabas.

Hasil batu yang telah diratakan.

Semua peralatan yang telah di bawa masuk, mesin pengasing bulu ayam, mesin rebus, peti sejuk dan peralatan lain.
Masih kurang pasti bila akan mula beroperasi, akan kami terbitkan nanti.

Isnin, 13 Disember 2010

Kegiatan terbaru di reban


Kesan Kaisan Cakar ayam





Kontraktor VIP



Dinding yang siap di simen




 Bekas makanan baru






Reban mengikut aturan PELADANG di Batu Laut

Isnin, 6 Disember 2010

Reban Ayam

Inilah situasi dalam kawasan reban. Minggu ini masuk lagi ayam baru, nanti saya updatekan gambar nya.


Reban ni dok celah pokok, ye lah kebun kelapa sawit lah katekan.

Pemanas

Anak ayam yang selesa kesan dari suhu baik dalam reban.

Sabtu, 20 November 2010

Senarai Perkhidmatan yang disediakan

Berikut adalah senarai perkhidmatan yang disediakan...

  1. Menjual dan membekal Ayam kampung hidup, Anak ayam dan Ayam siap proses.
  2. Menjual peralatan menternak ayam
  3. Makanan ayam (Starter/Grower)

Untuk anak ayam kami menyediakan penghantaran sehingga sampai dirumah berdasarkan kuantiti tempahan. Untuk kawasan lembah Klang, Kajang, Ulu Langat, tempahan minimum bagi penghantaran anak ayam sebanyak 500ekor anak ayam.

    Selamat datang ke blog kami..




     Anak ayam baru menetas sekitar 2 minit. Baru je keluar. Comel tak? Sayalah yang menyambut nye hehehe..

     Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli ayam kampung, makanan ayam, Anak ayam, peralatan menternak dan Biomas(EM) boleh lah hubungi saya di blog ini, no hp atau e-mail tertera.

     Baka tulen berumur 2 hari. Da buleh mamam dedak halus.

     Selain itu, kami juga menyediakan Sistem Perindukkan anak ayam kacuk dan tulen sementara menunggu tempoh selamat. Apa itu tempoh selamat? Maksud tempoh selamat ialah, umur anak ayam  melebihi 2 minggu selepas menetas. Yelah, kan baby lagi, kalau tak pandai jaga mestilah mati, macam taska lah lebih kurang. Selepas tempoh itu, pemilik boleh mengambil ayam mereka dan tak payah bersusah payah pening kepala nak jaga masa kecik. Ok? Paham?

     Sihat tu makan proviton haha

    Ok len kali sambung lg...